Saturday, 2 March 2013

Key 4 our Heart ^__^

INILAH 6 KUNCI KETENGAN HATI...




huhu,,,jom bacaa!!! n sama-sama amalkan k..insyaaAllah sama-sama dekatkan diri pada Allah swt..Subhanallah..insyaaAllah..~


1- Jangan bergantung pada orang lain,bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki.

2- Jangan berburuk sangka,berfikirlah positif bahawa ia akan membawa suatu yang bermanfaat.

3- Jangan mengingat penyesalan di masa lalu,hidup itu mudah,buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan suatu keputusan dengan baik dan jangan pernah menyesalinya.


4.- Jangan Pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu.

5.- Jauhi sifat terburu-buru,modal dalam kehidupan bukan harta, tapi waktu. karena itu pergunakan waktu dengan baik.

6.- Jangan khawatir dengan hari esok,ketuklah pintu dan pintupun akan terbuka, ingatlah Allah; Dia pun akan ingat pada kita.

Semoga mengingatkan kita dan menenangkan kembali hati yang sedang berbolak balik..~

IstiQamaH~

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara ISTIQAMAH..~


1. Solat Tahajjud di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan Dajjal hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga xikir sahaja mempunyai sumber makanan & minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut Dajjal untuk mendapat makanan & minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.insyaaAllah..

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu..

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.


22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


Wallahuaklam..^_^ ~

Thursday, 20 December 2012

MATANG PADA USIA MUDA~


Bertemu kembali di ruangan ini,
Dengan syukur kepada Allah,
Wadah ilmu penghias nurani,
Moga mendapat limpah barakah.

TIPS Jadi Matang Pada Usia Muda

      1.      Pilih sahabat yang berfikiran positif.
      2.      Rajin berbual dengan ahli keluarga,banyak masalah dapat diselesaikan bersama.
      3.      Hadiri majlis ilmu. Walaupun kadangkala tidak faham perkara yang dibincangkan,ia mendedahkan diri kepada kematangan.
      4.      Kurangkan menonton siaran televisyen dan program remeh-temeh. Sebaliknya membaca isu-isi ilmiah dan terlibat dengan aktiviti yang sihat. Sedikit demi sedikit,kita merasai tempoas kedewasaan.
      5.      Pilih pakaian yang sesuai. Tidak terlalu keanak-anakan dan tidak terlalu tua. Sesuaikan dengan usia dan wawasan anda.
   6.  Fikir kesan buruk jika tidak boleh berdikari dan berfikir secara matang. Orang akan memandang rendah,hidup sentiasa cemas dan mudah kecewa kerana diri serba tidak tahu.
    7.    Tanamkan keinginan mencari ilmu baru. Pilih kegiatan social yang mendedahkan diri kepadaperkembangan sahsiah seperti sukan,rewang sekampung,pameran university,carnival keluarga dan sebagainya. 
    8.      Knsisten solat berjemaah di surau atau masjid. Ia ‘aura’ semula jadi dalam bermasyarakat yang menjurus kepada kematangan.

Kesimpulannya,matang bukan pada kesempurnaan pandangan orang,tetapi sebanyak mana kesempurnaan agama yang telah dapat diamalkan. Ia bermula dengan usaha,usaha dan usaha. Apabila matang pada usia muda,kita akan memiliki wawasan hidup yang luas. Ini semua meuntut perancangan hidup yang direncanakan seawall usia rebung,bukan pada usia buluh yang sudah keras kematu.


Matang bukan pada ANGKA,
Tetapi pada PEMIKIRAN GELIGA,
Matang bukan pada WAJAH,
Tetapi pada KEPIMPINAN MENYERLAH,
Matang bukan pada HARTA,
Tetapi pada ILMU BERMAKNA,
Matang bukan pada SUARA,
Tetapi pada HUJAH DAN BICARA.

Solat,PENAT atau REHAT???


Siapa kata remaja tidak penat??? Siapa kata remaja tidak sibuk??? Banyak perkara yang budak remaja lakukan...Belajar,bersukan,bersilaturrahim,membantu ibu bapa dan sebagainya. Semestinya yang paling penting ialah BELAJAR...~ betul tidak???

Selalunya bagaimana remaja berehat??? Kalau sekadar tidur,lepak dengan kawan2 ,brsukan,tengok televisyen,shopping dan sewaktu dengannya,itu biasa2 ja... Ada cara luar biasa untuk berehat dan relaks...mahu tahu???

Cara ni sebenarnya telah dipelopori oleh Rasulullah s.a.w. inilah gaya Baginda. Rasulullah selalu lari daripada dunia yang memenatkan dengan ‘menunaikan solat’. Sebab itulah apabila Baginda ingin meminta Bilal mengumandangkan azan,Baginda akan berkias: “Wahai Bilal,rehatkan kami dengan solat”. (riwayat Ahmad)

Solat mampu menyediakan satu cetusan baru kepada Muslim. Usai solat,hati akan terasa lain setelah dicas semasa solat. Masalah terasa kecil berbanding Allah Yang Maha Besar. Malah penat mula meminggir. Pernah korang rasa macam ni??? Alhamdulillah sesiapa yang mengalaminya sendiri,dan yang jarang atau yang memang tak da rasa apa2,cuba cek balik ibadat kita tu...betul ka x betul...ia bergantung kepada iman dalam diri masing2.

Solat itu merehatkan. Bagi siapa??? Bagi orang yang khusyuk. Allah berfirman yang bermaksud; “Sesungguhya solat itu berat kecuali bagi orang yang khusyuk” [surah al-baqarah 2:45]

Solat; penat aatau relaks??? Itu pilihan kita. Namun pilihlah untuk relaks dengan solat. Bagaimana??? Hanya apabila solat menjadi permata hati bagi diri~



Sedekah Paaaaling BAIK..~…~


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“sedekah yang paling baik adalah seorang Muslim yang mengerjakannya kepada Muslim yang lain”. (Riwayat Bbn Majah)

Kepada yang masih remaja,alangkah beruntungnya masih belajar. Kelebihan pnuntut ilmu itu banyak. Tambahkan sedikit sahaja lagi iaitu mengajarkannya kepada orange lain,maka ia akan menjadi sedekah paling baik. Bagaimana berkongsi ilmu dengan orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi menuntut ilmu??? Haaa…ada caranya…;

    1)  Tahu satu ilmu,sampaikan satu ilmu. Kemudian cari lagi…
   2) Ceritakan kepada mak atau ayah atau adik beradik apa yang dipelajari…
   3) Membantu adik-adik menelaah dann menyiapkan kerja sekolah…
   4) Membantu rakan-rakan yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran…

Kan senang…jom sama2 kita amalkannya…insyaa Allah kita  mmperoleh kjayaanNya bersama-sama… jazakallahu khoir…wassalam~ ^__^

PERINGATAN DIsebalik 5 JARI~



IBU JARI : jari yang besar dan pendek. Lambing kematangan dan kehebatan,juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan umtuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling kea rah jalan yang benar – iaitu agama Allah swt.

JARI TELUNJUK : jari yang mengungkap satu dan keEsaan Allah swt ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk kea rah yang benar tanpa berselindung disebalik maksiat.

JARI HANTU : jari yang paling panjang. Zaman remaja diringgalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini – sekitar 30-an ke atas – kehidupan telah stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya ‘hantu-hantu’ yang cuba mengacau. Hantu hasad,hantu ego,hantu tamak dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Di sinilah keimanan diuji – untuk menghindarinya dan gandakan amal ibadat.

JARI MANIS : manisnya jari ini apabila tersarung ebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apaabila masuk kea lam remaja. Di sebalik kemanisannya tersimpan cabaran dan dugaan. Juga,telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita untuk ‘amal makruf nahi mungkar’ dengan sebenar-benarnya.

JARI KELINGKING : kecil dan kerdil. Lambang seorang manuia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dinbimbing. Bagai kata pepatah, ‘melentur rebung biarlah dari rebungnya’.


UBAT PENYAKIT SOMBONG~


1.      Diam dan jangan banyak cakap. Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita..kan..???

2.      Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tak puas dan mahu lebih lagi.

3.      Jangan tonjolkan diri untuk jadi porpular. Biasanya kalau dah porpular nanti,mesti pandang rendah terhadap orang lain.

4.      Biasakan diri dengan sikap kasih saying dan saling hormt-menghormati. Biasanya kalau taka da rasa belas nanti sifat zalim pula datang menguasai.

5.      Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita akan kehilangan kawan atau tiada kawan langsung.

6.      Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah swt. Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus.

7.      Selalulah berdoa dan memohon taufiq dan hidayahNya. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita akan menghadapi penyakit ‘syirik kecil’. Nauzubillah..

Tuesday, 27 November 2012

Sem 1st is Already done~

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatu…


Lamanya dah tak update blog ni…rindu pla rasanya…ni disebabkan perasaan malas yg telah bermaharajalela dlm diri yg lemah ini…wow..ayat~

Xla…tp betul la jg…malas nak update smnjak cuti sem 1st…huhu…byk sgt nak dikongsi,Cuma ha…2la malas punya crta…

So,entry sy hari brkenaan dgn hala tujuku skrg…Alhamdulillah sudah selesai exam STPM sem 1st…exam STPM sstem baharu ni cuma 5hari ja brbnding ngn modular lama…dpt gak cuti awal…haha~ Alhamdulillah…

Walaupun cuti awal,prsediaan tuk pelajaran sem 2nd tahun depan mstila prepare awal2,spya senang dihari kemudian…kan…???exam sem1 hari tu,Alhamdulillah senang la jg walaupun hakikatnya ramai kengkawan cakap “Arrgghh…susah giler..!!!”…, “Arrrr!!!!streeessss!!!!”…banyak sangat ragam keluhan kawan2 saya lepas habis setiap exam…Alhamdulillah sy xla smpai mcm 2…memang saya akui,mmg sgt susah…tapi disudut hati yg memberontak ini mengajak untuk tidak mengeluh dgn apa yg sudah ditakdirkan…Alhamdulillah…xpa la...semua ada hikmahNya,itulah bisik hati yg sntiasa ingat akan yg Maha Mengetahui…

Kalau xbelajar memanglah susah…kan..???yg penting sekarang tugas kita selepas melepasi ujian didunia,adalah TAWAKAL…bila dah usaha,wat pa nak risau…insyaa Allah,Allah pasti akan tolong hamba2Nya…mind set dlm diri,kejayaan Allah sentiasa bersama dengan orang yg SABAR,BERUSAHA & TAWAKAL padaNya…yakin pd Allah,berbaik sangka,sabar dan berserah pd Allah mesti ada dlm diri seorang hamba yg inginkan sesuatu dgn pertolongan Allah…insyaa Allah dipermudahkan…ok..!!

Eh! ingatkn sy nak crta pasal exam sem 1st sy tadi,tp jadi motivasi brdasarkn pengalamn pula…xpa,asalkan ia memberi manfaat kepada ssiapa yg membacanya dan khusus utk diri ini spya sntiasa bermotivasi…insyaa Allah…

Diharap dengan motivator dari entry yg sy kongsikan ini mnjadi bukti pnyampaian dakwah dan prtolongan sdikit sbanyak sy kepada sesiapa yg membacanya…insyaAllah…sama2 kita mendekatkan diri pada Allah agar dipermudahkan segala urusan…

Kalau kawan-kawan nak tahu tips mcmna nak lebih mudah mmperoleh kjayaan dan menghadapi ssuatu ujian yg membuatkn kita sedih dengan lebih tenang,teruskan follow blog sy tuk mmbaca update sy yg seterusnya,insya Allah…~owk!!!

Wallahualam…syazakallahu khoir…wassalamualaikum wbt…

always well~