Sunday 30 June 2013

Fikir-Fikirkan Sejenak...^_^

Assalamualaikum wbt…hmm..dah 4 bulan dah baru update blog yang sunyi sepi ni..huhu..~

Entry untuk hari-hari terakhir bulan Sya’ban sebelum Ramadhan yang bakal tiba ni,saya nak kongsi satu entry dari blog sahabat saya..namanya Nur Hidayah binti Rudi…lama dah baca entry 2 sebenarnya, cuma almaklumlaa…sibuk la katakan… saya sangat tertarik dengan ‘tajuk’ post kat blog Cik Hidayah Rudi ni…tapi tidak bermakna saya tertarik dengan tajuk ni,saya sedang berada dalam situasi 2…jangan disalah faham pula yer -_- …tapi wallahualam

Cuma nak bagitw sikit, memang tidak dinafikan dalam usia 18 tahun keatas sekarang ni ‘perasaan fitrah’ 2 memang  ada dalam hati setiap insan yang bergelar REMAJA…~ itulah salah satu tanda kekuasaan Allah yang perlu kita fikir-fikirkan kenapa Allah ciptakan ia dalam hati hambaNya pada seusia itu dan mungkin juga sebelum usia itu…mungkin sebagai ujian,rahmat dan mungkin juga ada hikmah disebalik hadirnya perasaan 2…Subhanallah…
walaupun tidak semua orang mengakuinya, tetapi mustahil dalam hati mereka tidak ada perasaan sedemikian langsung,walaupun sedikit…Allah Maha Berkuasa…perasaan fitrah 2 boleh bercabang dalam banyak aspek…perasaan kepada Pencipta, manusia sesama manusia, alam sekitar, binatang, harta benda dan lain-lain… tapi entry saya hari lebih tertumpu kepada aspek perasaan antara seseorang dengan seseorang…huhu…~

saya tertarik dengan entry Hidayah Rudi ni juga sebab banyak ilmu baru yang dapat memberi manfaat kepada saya dan kita semua yang bergelar Remaja Islam…insyaaAllah…yang penting sekarang, fikirkan dulu matlamat masa depan iaitu cita-cita…dan kekalkan Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w dan Mak Abah kat cinta yang Pertama..insyaaAllah..

Jom sama-sama baca blog ni..---> Cinta Itu Fitrah <---…~

Dah habis baca Entry sahabat saya ni??? Alhamdulillah..Kalau dah, saya nak kongsi satu lagi ilmu baru yang saya dapat dari sebuah buku yang bertajuk ‘BOLEHKAH berCOUPLE? [Formula Pengurusan Cinta Bersyariat]’ keluaran Telaga Biru


salah satu kesimpulan daripada apa yang dibincangkan dalam buku 2,iaitu… -Bercinta tidak salah TETAPI ramai yang menyalahgunakan makna sesebuah percintaan untuk melakukan perkara yang ditegah oleh hokum syarak… second kesimpulan yang disimpulkan iaitu, -Bolehkah bercinta???BOLEH..!! Bila cinta disulami syariat, keredhaan Allah kita dambakan…~

Akhir Kalam, Sampai disini sajalah untuk hari ini, semoga entry kali ini memberi manfaat kepada yang sudi membaca..mohon maaf sekiranya saya melakukan salah silap dalam kehidupan jika ia berkaitan dengan apa yang saya katakana pada hari ini,sebelum dan seterusnya...insyaaAllah...~



Wassalam…^_^