Thursday 12 June 2014

Malam Istimewa


Assalamualaikum wbt... Salam Nisfu Sya’ban!!
Rasulullah saw bersabda;

“Ada 5 malam yang jika kita berdoa tidak akanditolak doanya.
# Malam Jumaat
# Malam Nisfu (15 sya’ban)
# Malam (lailatul) Qadar
# Malam Idul Fitri
# Malam Idul Adha”

Tahun ini,malam 15 Sya’ban jatuh pada malam Jumaat bersamaan 12 Jun 2014...bererti dua malam Kemuliaan itu bergabung menjadi Satu...
Pada malam itu,Doa kita Insyaa Allah akan di ijabah Malam penetuan Nasib (dinyatakan malam penggantian buku catatan amal)insyaa Allah.
Malam penuh barakah...

Para ulama sunnah wal Jama’ah telah memberi bombongan untuk kita membaca Yasin sebanyak 3kali bagi mereka yang mampu atau membaca surah Al-Ikhlas ketika teman2 lain sedang membaca Surah Yasin.

*Bacaan pertama dengan niat dipanjangkan umur dalam keadaan taat dan ibadah kepada Allah swt
*Bacaan kali kedua dengan niat memohon dimurahkan rezeki yang halal,cukup dan barakah dari-NYA
*Bacaan kali ketiga dengan niat memohon dimatikan dalam keimanan (Husnul Khotimah).


Bertawakal la kepada Allah agar segala niat kita Allah pandang danAllah menerima segala amalan yang kita lakukan yang semata2 kerana Allah...insyaa Allah. Yakinlah pada kekuatan doa itu... Allah pasti mendengarnya dengan teliti kerana Allah Maha Berkuasa lagi Maha Mengetahui...Subhanallah...Allahuakbar...


Monday 2 June 2014

Cooking!!!

Salam alayk! Ya rabbi. Dah sebulan blog ni tak ber'update'...Fuhh... hari ini rajinkan diri vacuum segala habuk dan sawang yang ada kat sini...huhu... Alhamdulillahi rabbil a'lamin masih diberi kesempatan dan peluang untuk menghembus udara yang free dari Allah...hehe…
Memasak??? Ada sesetengah orang cakap susah,ada sesetengah orang cakap pula senang…which one nii…??? Sebetulnya memang susah! Tapi…itu bagi yang ada sifat malas dalam diri...macam mana mahu pandai memasak kalau x cuba kan...???hehe...bukan maksud mahu menyindir tau menghina,tapi sifat malas yang menguasai diri itulah sifat syaitan.

Banyak sangat manfaat pandai memasak ni...bole tolong mak abah dirumah,saudara mara time kenduri kendara, tolong kengkawan, tolong masak untuk suami,anak2(bagi yang dah berkeluarga laa..huhu) dan len2 ... Lagi2 kalau kita ni perempuan...tapi lelaki yang pandai masak lagi bagus...!!!dapat kurangkan beban kakak,adik tau isteri bila d dapur...hehe...
Saya sangat2 suka memasak walaupun xla pandai masak masakan special macam mak kita masak...sesedap manapun masakan kita,masakan ibu la paling ‘wow’!!dan terbaik...kan??? asalkan pandai masak masakan yang  basic2 2 pun dah ok dah...seperti menggoreng,tumis,buat sup,masak nasi...itu pun dah kira pandai masak dah tuu...=)
Xpa kalau xsedap,kalau perut orang dah lapar,konfem habis juga2...percayalaa... satu tips yang insyaa Allah akan menambahkan lagi kesedapan masakan yang dimasak...iaitu campur dengan SELAWAT...bila kita masak niat kerana Allah,kita ingat Allah,ingat Rasulullah saw,itu yang dapat mengenakkan lagi masakan kita...ia seperti ada sesuatu kelainan...walaupun kita xsedar,tapi sebenarnya ia ada...belum cuba belum tahu...~hehe
Tips last,iaitu,rajin2 kan diri tengok orang yang tengah memasak...biar dapat belajar sesuatu yang baru...bole jadi resepi baru!kan..???hehe..~


Dan apa yang nak difokuskan sini adalah, ‘Biar x pandai masak,asalakan rajin memasak’...rajin memasak itu yang akan membantu kita untuk pandai...sikit2 lama2 jadi bukit...rajin2kan diri untuk mencuba sesuatu walaupn x berani...haha...seperti saya yang xberani...tapi kekadang mesti try juga,biar lain hari kita tahu,ini atau itu bole campur ka x,mesti ada itu atau ini ka..mcm tu baru masakkan akan bertambah upgrade!!!^_^

Wallahuaklam...~ wassalam..

Friday 25 April 2014

Barakallah Sahabatku!!!


Barakallahumma wabaraka a’laikuma waja maa’ fi khoir... Alhamdulillah sahabatku Fatin Atiqah binti Amir selamat diijab qabulkan pada 25 Jamadilakhir 1435H bersamaan 25 April 2014 hari Jumaat yang barakah... kahwin ketika berusia 20tahun...kahwin muda sahabatku ini...

Kahwin muda merupakan impian ku sewaktu dalam alam persekolahan lagi...huhu...ketika saya berada ditingkatan 4... namun rezeki itu Allah beri kepada yang lebih memerlukan...^_^ sahabtku Faezah binti Paumin yang berkahwin ketika dia berumur 19tahun dan Fatin Atiqah yang lebih memerlukan rezeki Allah tersebut...huhu..xpaa...jodoh mereka sudah ditakdirkan pada usia yang begitu muda...dan saya yakin Allah tahu itu yang paling terbaik untuk mereka walaupun mereka tidak terdetik dan sangka pun akan berkahwin pada usia seawal itu...

Perancangan Allah itu lebih indah dan sangat teratur... Alhamdulillah Allah telah menjentikkan sikit rasa untuk saya berfikir betapa besarnya kuasaNya,betapa memahaminya Allah dan betapa pemurahnya Allah... Tipulah saya kalau x ada rasa cemburu walaupun sedikit kat sahabat2 saya yang dimurahkan rezeki kahwin awal...tetapi harus ditabahkan hati dan harus dikurangkan rasa cemburu itu dan hadirkan rasa syukur dan nikmat kerana masih diberi peluang untuk merasai kebahagiaan saudara seislam kita... huhu...


Sabar3...saya yakin bukan saya sorang ja yang mw kahwin awal...saya pasti ada juga sebilangan remaja yang teringin nak kahwin awal...mungkin kerana terpengaruh dengan novel,cerita2 yang ditayangkan d tv... xmustahil juga kan...??hehe...mungkin juga faktor2 selain diatas yang memerlukan mereka mahu atau perlu kahwin diusia muda… apa2 pun perlu bersangka baik dan positif ok!

Namun saya rasa bersyukur kerana Allah masih beri peluang kepada diri ini untuk merasai nikmat zaman remaja,nikmat bejalan2 ngn kawan2,nikmat berbakti kepada ibubapa,nikmat bersama-sama keluarga,nikmat untuk mempersiapkan diri,nikmat menambahkan ilmu dan sebagainya,sebelum nikmat tersebut tidak dapat dirasai lagi ..alhamdulillah ya Allah...

Keyakinan akan perancangan Allah itu mesti kuat supaya diri tidak kecewa dan sedih...masanya akan tiba bila Allah tahu waktu itu terbaik untuk diri kita...huhu...sabar menanti hari bahagia...insyaa Allah waktu itu lebih baik dari apa yang kita harapkan... yakin dengan ayat nii...’ Allah beri apa yang kita perlu,bukan yang kita inginkan’ bersabar wahai hati...jangan ikutkan nafsu,karang binasa diri...huhu~

Tuesday 4 February 2014

Kenali Program Vaksinasi HPV~


Mesti ada yang belum tw apa itu HPV kan...alaa..ni mesti x perasan iklan di TV ni kan...ok,xpa...teruskan pembacaan,sampai korang faham dan yakin betapa pentingnya suntikan ini...orang kata, ‘lebih baik mencegah daripada mengubati’...jum baca!!!~

Klw nak tw sebelum ni suntikan HPV ni berbayar...mahal pula 2...tetapi, dalam pembentangan Dasar Bajet 2012, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta untuk program vaksinasi HPV secara percuma kepada wanita yang layak.

Program ni kena laksanakan sebagai satu pendekatan yang dikenali sebagai ‘catch up’ group bagi wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser servik atau pangkal rahim...haaa...start tahun 2012 tu dah free dah,tapi just untuk wanita yang berumur 18 tahun...maksudnya yang lahir 1993&1994 above bermula dari tahun 2012...heee~

Human Papilloma Virus (HPV)
Ø  HPV ni adalah penyebab utama kanser servik yang disebarkan melalui hubungan seks.
Ø  Setiap wanita yang melakukan hubungan seks ni juga berisiko dijangkiti HPV...huhu...
Ø  Dan kanser servik ni akan terjadi sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV...tapi xsemua jangkitan HPV ni akan mengakibatkan kanser servik/pangkal rahim.

Vaksina HPV~
Ø  Vaksina yang diberi dapat mencegah kanser servik akibat jangkitan HPV.
Ø  Sebaik-baiknya vaksina ni diberi sebelum hubungan seks berlaku...
Ø  Vaksina ni diberisecara suntikan di bahagian atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual berikut:
Dos 1 -- > Tarikh vaksina pertama diberikan
Dos 2 -- > 1 bulan selepas suntikan pertama
Dos 3 -- > 6 bulan selepas suntikan pertama
Ø  Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ni x mengandungi produk yang  meragukan.


Kriteria Wanita yang Layak di Bawah Program Ini~
Ø  Wanita warganegara yang berumur 18 tahun...
Ø  Tidak hamil
Ø  Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua...
Ø  Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu dirawat dihospital...

Haaa...ni la sedikit sebanyak information yang dpt dikongsi bersama... sekarang ni saya dah ambik Dos ke-2...anda,bila lagi??? Hehhee...~

So,yang dah berumur 18 tahun dan keatas 2,cepat ambik suntikan sebelum umur dah meningkat...klw umur dah berumur yang melimpasi sasaran kerajaan,takut2 je korang xdapat free...last2 dapat yang berbayar punye...kan dah rugi...
Jangan tangguh2,xbaik...jadi,dapatkan Vaksinasi di klinik-klinik yang tersenarai di laman sesawang LPPKN...
3 dos vaksinasi ni mmberi perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta boleh mencegah 70% kejadian kanser servik... semoga dengan usaha kita untuk mencegah mendapat redha Allah s.w.t...insyaaAllah...amiinn...^^,


Nawaitu Lillahi Taala...

Wednesday 1 January 2014

Warnai Kehidupan in 2014~


Hidup ini umpama kain putih,yang perlu dihiasi dengan secantiknya menggunakan akhlak yang telah dikurniakan...ia juga seperti bayi yang baru dilahirkan...ibubapa lah pencorak kehidupan bayi tersebut tatkala akhlaknya belum digunapakai sehingga boleh berfikir dengan sendirinya...

Begitu juga dengan hidup baru...setiap orang yang berhijrah kearah kebaikan pasti akan bermula dengan istilah ‘hidup baru’...oleh yang demikian,hidup yang baru itu perlu dihiasi dengan sebaik-baiknya agar kenangan pahit dahulu tidak berulang...’buang yang keruh ambil yang jernih’...

Tahun baru pun begitu juga...mengikut tahun Masihi, tahun ini dah masuk tahun baru iaitu tahun 2014 !!! 1st Januari 2014... bersamaan dengan 29 Safar 1435H...~

Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk menikmati nikmat hidup didunia pinjaman sementara ini...semoga tahun ini lebih baik daripada sebelum ini...insyaaAllah...^^, dan semoga Allah menerima amal ibadat kita pada tahun sebelum ini dan pasti yang akan datang...amiiinn...
semoga dapat menambahkan amal ibadat kepada Allah dengan perbanyakkan melakukan amalan2 sunat...insyaaAllah... Ada usaha,ada ganjaran...insyaaAllah..amiinn... chayoo2!!! ^^,


Kurangkan kontroversi, Tingkatkan prestasi, Perbanyakkan ingat Illahi...~ huhu...