Thursday 20 December 2012

MATANG PADA USIA MUDA~


Bertemu kembali di ruangan ini,
Dengan syukur kepada Allah,
Wadah ilmu penghias nurani,
Moga mendapat limpah barakah.

TIPS Jadi Matang Pada Usia Muda

      1.      Pilih sahabat yang berfikiran positif.
      2.      Rajin berbual dengan ahli keluarga,banyak masalah dapat diselesaikan bersama.
      3.      Hadiri majlis ilmu. Walaupun kadangkala tidak faham perkara yang dibincangkan,ia mendedahkan diri kepada kematangan.
      4.      Kurangkan menonton siaran televisyen dan program remeh-temeh. Sebaliknya membaca isu-isi ilmiah dan terlibat dengan aktiviti yang sihat. Sedikit demi sedikit,kita merasai tempoas kedewasaan.
      5.      Pilih pakaian yang sesuai. Tidak terlalu keanak-anakan dan tidak terlalu tua. Sesuaikan dengan usia dan wawasan anda.
   6.  Fikir kesan buruk jika tidak boleh berdikari dan berfikir secara matang. Orang akan memandang rendah,hidup sentiasa cemas dan mudah kecewa kerana diri serba tidak tahu.
    7.    Tanamkan keinginan mencari ilmu baru. Pilih kegiatan social yang mendedahkan diri kepadaperkembangan sahsiah seperti sukan,rewang sekampung,pameran university,carnival keluarga dan sebagainya. 
    8.      Knsisten solat berjemaah di surau atau masjid. Ia ‘aura’ semula jadi dalam bermasyarakat yang menjurus kepada kematangan.

Kesimpulannya,matang bukan pada kesempurnaan pandangan orang,tetapi sebanyak mana kesempurnaan agama yang telah dapat diamalkan. Ia bermula dengan usaha,usaha dan usaha. Apabila matang pada usia muda,kita akan memiliki wawasan hidup yang luas. Ini semua meuntut perancangan hidup yang direncanakan seawall usia rebung,bukan pada usia buluh yang sudah keras kematu.


Matang bukan pada ANGKA,
Tetapi pada PEMIKIRAN GELIGA,
Matang bukan pada WAJAH,
Tetapi pada KEPIMPINAN MENYERLAH,
Matang bukan pada HARTA,
Tetapi pada ILMU BERMAKNA,
Matang bukan pada SUARA,
Tetapi pada HUJAH DAN BICARA.

Solat,PENAT atau REHAT???


Siapa kata remaja tidak penat??? Siapa kata remaja tidak sibuk??? Banyak perkara yang budak remaja lakukan...Belajar,bersukan,bersilaturrahim,membantu ibu bapa dan sebagainya. Semestinya yang paling penting ialah BELAJAR...~ betul tidak???

Selalunya bagaimana remaja berehat??? Kalau sekadar tidur,lepak dengan kawan2 ,brsukan,tengok televisyen,shopping dan sewaktu dengannya,itu biasa2 ja... Ada cara luar biasa untuk berehat dan relaks...mahu tahu???

Cara ni sebenarnya telah dipelopori oleh Rasulullah s.a.w. inilah gaya Baginda. Rasulullah selalu lari daripada dunia yang memenatkan dengan ‘menunaikan solat’. Sebab itulah apabila Baginda ingin meminta Bilal mengumandangkan azan,Baginda akan berkias: “Wahai Bilal,rehatkan kami dengan solat”. (riwayat Ahmad)

Solat mampu menyediakan satu cetusan baru kepada Muslim. Usai solat,hati akan terasa lain setelah dicas semasa solat. Masalah terasa kecil berbanding Allah Yang Maha Besar. Malah penat mula meminggir. Pernah korang rasa macam ni??? Alhamdulillah sesiapa yang mengalaminya sendiri,dan yang jarang atau yang memang tak da rasa apa2,cuba cek balik ibadat kita tu...betul ka x betul...ia bergantung kepada iman dalam diri masing2.

Solat itu merehatkan. Bagi siapa??? Bagi orang yang khusyuk. Allah berfirman yang bermaksud; “Sesungguhya solat itu berat kecuali bagi orang yang khusyuk” [surah al-baqarah 2:45]

Solat; penat aatau relaks??? Itu pilihan kita. Namun pilihlah untuk relaks dengan solat. Bagaimana??? Hanya apabila solat menjadi permata hati bagi diri~



Sedekah Paaaaling BAIK..~…~


Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

“sedekah yang paling baik adalah seorang Muslim yang mengerjakannya kepada Muslim yang lain”. (Riwayat Bbn Majah)

Kepada yang masih remaja,alangkah beruntungnya masih belajar. Kelebihan pnuntut ilmu itu banyak. Tambahkan sedikit sahaja lagi iaitu mengajarkannya kepada orange lain,maka ia akan menjadi sedekah paling baik. Bagaimana berkongsi ilmu dengan orang lain sedangkan diri sendiri masih lagi menuntut ilmu??? Haaa…ada caranya…;

    1)  Tahu satu ilmu,sampaikan satu ilmu. Kemudian cari lagi…
   2) Ceritakan kepada mak atau ayah atau adik beradik apa yang dipelajari…
   3) Membantu adik-adik menelaah dann menyiapkan kerja sekolah…
   4) Membantu rakan-rakan yang tidak memahami sesuatu mata pelajaran…

Kan senang…jom sama2 kita amalkannya…insyaa Allah kita  mmperoleh kjayaanNya bersama-sama… jazakallahu khoir…wassalam~ ^__^

PERINGATAN DIsebalik 5 JARI~



IBU JARI : jari yang besar dan pendek. Lambing kematangan dan kehebatan,juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan umtuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling kea rah jalan yang benar – iaitu agama Allah swt.

JARI TELUNJUK : jari yang mengungkap satu dan keEsaan Allah swt ketika solat. Jari ini melambangkan ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya. Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk kea rah yang benar tanpa berselindung disebalik maksiat.

JARI HANTU : jari yang paling panjang. Zaman remaja diringgalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini – sekitar 30-an ke atas – kehidupan telah stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang stabil inilah bermulanya ‘hantu-hantu’ yang cuba mengacau. Hantu hasad,hantu ego,hantu tamak dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Di sinilah keimanan diuji – untuk menghindarinya dan gandakan amal ibadat.

JARI MANIS : manisnya jari ini apabila tersarung ebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia apaabila masuk kea lam remaja. Di sebalik kemanisannya tersimpan cabaran dan dugaan. Juga,telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini diperingatkan kepada kita untuk ‘amal makruf nahi mungkar’ dengan sebenar-benarnya.

JARI KELINGKING : kecil dan kerdil. Lambang seorang manuia yang bermula daripada kecil. Saat ini mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dinbimbing. Bagai kata pepatah, ‘melentur rebung biarlah dari rebungnya’.


UBAT PENYAKIT SOMBONG~


1.      Diam dan jangan banyak cakap. Biasanya kalau banyak cakap nanti timbul pula perkataan dusta dari mulut kita..kan..???

2.      Berasa cukup dengan apa yang dimiliki. Biasanya kalau berlebih-lebih nanti mesti masih tak puas dan mahu lebih lagi.

3.      Jangan tonjolkan diri untuk jadi porpular. Biasanya kalau dah porpular nanti,mesti pandang rendah terhadap orang lain.

4.      Biasakan diri dengan sikap kasih saying dan saling hormt-menghormati. Biasanya kalau taka da rasa belas nanti sifat zalim pula datang menguasai.

5.      Jangan bersifat buruk sangka kepada orang lain. Biasanya kalau ada sifat buruk sangka nanti kita akan kehilangan kawan atau tiada kawan langsung.

6.      Sentiasa bertafakur memikirkan kelemahan diri dan mengingati kebesaran Allah swt. Biasanya kalau kita tidak bermuhasabah nanti kita hanya tahu yang kita ini kononnya bagus.

7.      Selalulah berdoa dan memohon taufiq dan hidayahNya. Biasanya kalau kita tidak berdoa nanti kita akan menghadapi penyakit ‘syirik kecil’. Nauzubillah..