Siapa kata remaja tidak
penat??? Siapa kata remaja tidak sibuk??? Banyak perkara yang budak remaja
lakukan...Belajar,bersukan,bersilaturrahim,membantu ibu bapa dan sebagainya.
Semestinya yang paling penting ialah BELAJAR...~
betul
tidak???
Selalunya bagaimana remaja
berehat??? Kalau sekadar tidur,lepak dengan kawan2 ,brsukan,tengok
televisyen,shopping dan sewaktu dengannya,itu biasa2 ja... Ada cara
luar biasa untuk berehat dan relaks...mahu tahu???
Cara ni sebenarnya telah
dipelopori oleh Rasulullah s.a.w. inilah gaya Baginda. Rasulullah selalu lari
daripada dunia yang memenatkan dengan ‘menunaikan solat’. Sebab itulah apabila
Baginda ingin meminta Bilal mengumandangkan azan,Baginda akan berkias: “Wahai Bilal,rehatkan kami dengan
solat”. (riwayat Ahmad)
Solat mampu menyediakan satu
cetusan baru kepada Muslim. Usai solat,hati akan terasa lain setelah dicas
semasa solat. Masalah terasa kecil berbanding Allah Yang Maha Besar. Malah
penat mula meminggir. Pernah korang rasa macam ni??? Alhamdulillah sesiapa yang
mengalaminya sendiri,dan yang jarang atau yang memang tak da rasa apa2,cuba
cek balik ibadat kita tu...betul ka x betul...ia bergantung kepada iman dalam
diri masing2.
Solat itu merehatkan. Bagi
siapa??? Bagi orang yang khusyuk. Allah berfirman yang bermaksud; “Sesungguhya solat itu berat
kecuali bagi orang yang khusyuk” [surah al-baqarah 2:45]
Solat; penat aatau relaks???
Itu pilihan kita. Namun pilihlah untuk relaks dengan solat. Bagaimana??? Hanya
apabila solat menjadi permata hati bagi
diri~
No comments:
Post a Comment