Saturday 2 March 2013

Peminat Setia & Syukran!!!

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Blogging...~


Sebelum bercerita dengan panjang lebar, saya nak tanya dengan kawan-kawan yang sedang membaca entry saya ni...hmm...kenal ngan Ustzah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dan suaminya Dr. Farhan Hadi bin Mohd Taib...???

Mesti ada yang kenal kan..dan mungkin juga ada yang x kenal mereka kan...huhu...pertanyaan ni berkait dengan tajuk saya hari ni iaitu ‘Peminat Setia’...~ walaupun saya bukanlah seperti Ustazah Fatimah Syarha, seorang penulis novel islamik, seorang graduan UIAM dalam pengkhususan Fiqh dan Psikologi...tapi perasaan minat yang teramat sangat dan kagum terhadap hasil nukilan Fatimah Syarha ni membuatkan saya tertarik untuk memiliki semua buku-buku yang penulisnya Fatimah Syarha...huhu..~

Ntahlah kenapa saya boleh jadi peminat setia hasil karya Fatimah Syarha...saya mula minat novelis islami ni tym form 5...fisrt tym beli buku hasil mukilan Fatimah Syarha ni...tajuknya, 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul'...


Start sana, saya mula dah berjinak-jinak dengan novel tebal-tebal ni...tp bukan novel cinta,novel jiwang-jiwang macam yang selalu orang beli 2...saya cuma lebih minat novel cinta islamik karya Fatimah Syarha dan suaminya sahaja...huhu...~
 (memilih la plak..hmm...-_- )

Hasil penulisan mereka banyak yang memberi kita ilmu yang dapat mengingatkan kita kepada Allah...sebab kebanyakkan cerita yang ditulis selari dengan syariat islam...dan terutama sekali, saya minat buku Fatimah Syarha ni sebab, cerita yang ditulis dalam sesetengah keluaran buku mereka sebenarnya cerita realiti hidup Fatimah Syarha  sendiri bersama Dr.Farhan Hadi...walaupun tidak diberitahu secara tersurat, tapi bila kita tahu sikit-sikit cerita hidup mereka yang sebenar, automatik kita dapat detect yang cerita dalam buku 2 cerita hidup mereka berdua secara tersiratnya... best dan romantik sangat-sangat...hmm...^_^ ~

Dikesempatan ni juga,berkaitan dengan tajuk entry saya hari ni...saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dan teramat sangat kepada ‘SAHABAT’ saya yang murah hati belanja saya buku Fatimah Syarha dan suaminya yang tajuknya, ‘Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu’ ~


Hmm..kalau nak tw...ni la antara salah satu buku yang lama dah saya idam-idam kan dari tahun lepas tym form 5...tahun ni Alhamdulillah dapat juga rezeki...Allah datangkan rezeki dengan mudah ja...date buku ni dibeli pada 05 Febuari 2012, hari Selasa...selepas penat mencari dan kumpul bahan-bahan untuk PBS Syariah kat Mahkamah Rendah Syariah...hee..~

Saya sendiri pun x tw apa motif atau tujuan atau apa-apa la kenapa dia belanja saya...tetiba ja ‘sahabat’ saya 2 belanja belikan buku idaman saya... ^__^ walaupun memang malu mw terima, memang x berani mw ambik, tp memandangkan itulah buku yang saya idam-idamkan selama ni, saya terima ja la...kawan yang temankan saya tym 2 pun memaksa juga ambik,jadi, terima ja la...even xtw kenapa tetiba belanja,hmm...sebab saya dan ‘sahabat’ saya 2, baru-baru ja rapat start tahun ni...start sama-sama bekerjasama tym cari bahan kat Mahkamah...pelik, tapi itulah realitinya...

Hmmm...xpa2...apa-apa pun, terima kasih SAHABATKU...jasamu dikenang, semoga niat yang baik dan ikhlas itu dibalas dengan syurga yang menanti oleh Allah s.w.t...insyaaAllah...Syukran ‘En.R’ !!!! ^^,


Wallahuaklam...Wassalamualaikum wbt...~
maaf salah dan silap...~

Key 4 our Heart ^__^

INILAH 6 KUNCI KETENGAN HATI...




huhu,,,jom bacaa!!! n sama-sama amalkan k..insyaaAllah sama-sama dekatkan diri pada Allah swt..Subhanallah..insyaaAllah..~


1- Jangan bergantung pada orang lain,bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki.

2- Jangan berburuk sangka,berfikirlah positif bahawa ia akan membawa suatu yang bermanfaat.

3- Jangan mengingat penyesalan di masa lalu,hidup itu mudah,buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan suatu keputusan dengan baik dan jangan pernah menyesalinya.


4.- Jangan Pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu.

5.- Jauhi sifat terburu-buru,modal dalam kehidupan bukan harta, tapi waktu. karena itu pergunakan waktu dengan baik.

6.- Jangan khawatir dengan hari esok,ketuklah pintu dan pintupun akan terbuka, ingatlah Allah; Dia pun akan ingat pada kita.

Semoga mengingatkan kita dan menenangkan kembali hati yang sedang berbolak balik..~

IstiQamaH~

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara ISTIQAMAH..~


1. Solat Tahajjud di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan Dajjal hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga xikir sahaja mempunyai sumber makanan & minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut Dajjal untuk mendapat makanan & minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.insyaaAllah..

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu..

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.


22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


Wallahuaklam..^_^ ~