Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Blogging...~
Sebelum bercerita dengan panjang lebar,
saya nak tanya dengan kawan-kawan yang sedang membaca entry saya
ni...hmm...kenal ngan Ustzah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dan suaminya Dr. Farhan Hadi bin Mohd Taib...???
Mesti ada yang kenal kan..dan mungkin juga
ada yang x kenal mereka kan...huhu...pertanyaan ni berkait dengan tajuk saya
hari ni iaitu ‘Peminat Setia’...~ walaupun saya bukanlah seperti
Ustazah Fatimah Syarha, seorang penulis novel islamik, seorang graduan UIAM
dalam pengkhususan Fiqh dan Psikologi...tapi perasaan minat yang teramat sangat
dan kagum terhadap hasil nukilan Fatimah Syarha ni membuatkan saya tertarik
untuk memiliki semua buku-buku yang penulisnya Fatimah
Syarha...huhu..~
Ntahlah kenapa saya boleh jadi peminat
setia hasil karya Fatimah Syarha...saya mula minat novelis islami ni tym form
5...fisrt tym beli buku hasil mukilan Fatimah Syarha ni...tajuknya, 'Pemilik Cintaku Setelah Allah &
Rasul'...
Start sana, saya mula dah berjinak-jinak
dengan novel tebal-tebal ni...tp bukan novel cinta,novel jiwang-jiwang macam
yang selalu orang beli 2...saya cuma lebih minat novel cinta islamik karya Fatimah Syarha dan suaminya sahaja...huhu...~
(memilih la plak..hmm...-_- )
(memilih la plak..hmm...-_- )
Hasil penulisan mereka banyak yang memberi
kita ilmu yang dapat mengingatkan kita kepada Allah...sebab kebanyakkan cerita
yang ditulis selari dengan syariat islam...dan terutama sekali, saya minat buku
Fatimah Syarha ni sebab, cerita yang ditulis dalam sesetengah keluaran buku
mereka sebenarnya cerita realiti hidup Fatimah Syarha sendiri bersama
Dr.Farhan Hadi...walaupun tidak diberitahu secara tersurat, tapi bila kita tahu
sikit-sikit cerita hidup mereka yang sebenar, automatik kita dapat detect yang
cerita dalam buku 2 cerita hidup mereka berdua secara tersiratnya... best dan romantik sangat-sangat...hmm...^_^ ~
Dikesempatan ni juga,berkaitan dengan
tajuk entry saya hari ni...saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dan
teramat sangat kepada ‘SAHABAT’ saya yang murah hati belanja saya buku
Fatimah Syarha dan suaminya yang tajuknya, ‘Cinta High Class & Cintaku Kerana
Agamamu’ ~
Hmm..kalau nak tw...ni la antara salah
satu buku yang lama dah saya idam-idam kan dari tahun lepas tym form 5...tahun
ni Alhamdulillah dapat juga rezeki...Allah datangkan
rezeki dengan mudah ja...date buku ni dibeli pada 05 Febuari 2012, hari Selasa...selepas penat mencari dan kumpul bahan-bahan untuk PBS
Syariah kat Mahkamah Rendah Syariah...hee..~
Saya sendiri pun x tw apa motif atau tujuan atau apa-apa
la kenapa dia belanja saya...tetiba ja ‘sahabat’ saya 2 belanja belikan buku idaman saya...
^__^ walaupun memang malu mw terima, memang x berani mw ambik, tp memandangkan
itulah buku yang saya idam-idamkan selama ni, saya terima ja la...kawan yang
temankan saya tym 2 pun memaksa juga ambik,jadi, terima ja la...even xtw kenapa
tetiba belanja,hmm...sebab saya dan ‘sahabat’ saya
2, baru-baru ja rapat start tahun ni...start sama-sama bekerjasama tym cari bahan kat
Mahkamah...pelik, tapi itulah realitinya...
Hmmm...xpa2...apa-apa pun, terima kasih SAHABATKU...jasamu
dikenang, semoga niat yang baik dan ikhlas itu dibalas dengan syurga yang
menanti oleh Allah s.w.t...insyaaAllah...Syukran ‘En.R’ !!!! ^^,
Wallahuaklam...Wassalamualaikum wbt...~
maaf salah dan silap...~
maaf salah dan silap...~
No comments:
Post a Comment