Tuesday 3 December 2013

Birthday Girl Time...~


Sanah Helwa buat diri ini yang tidak lama lagi akan menghabiskan umur belasannya...hmm...walauapapun,Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk hidup didunia pinjaman ini hampir 20 tahun...

Terima kasih juga buat abah dan emak tercinta,kerana telah melahirkan, menerima, menjaga, mendidik, menyayangi diri ini walaupun adakalanya diri ini sering menyakiti hati mak abah...semoga Allah membalas jasa baik budi dan pengrbanan mak dan abah yang tidak mampu diri ini membalasnya,walaupun hanya dengan segenggam ijazah kejayaan didunia yang bakal diberikan dan dihadiakan suatu hari nanti...amiinn,,insyaaAllah...redhai dan halalkan segala pengorbanan yang telah dicurahkan,doakan kjayaan dunia dan akhirat diri ini mak abah...^^,

Begitu juga kepada guru2 saya selama ini dari tadika hinggalah ke sekolah menengah dan pra-U...kerana sudi mencurahkan dan berkongsi ilmu yang telah diamanahkan oleh Allah kepada guru2 yang disayangi...semoga Allah membalas segala jasa baik dan pengorbanan guru2 yang ikhlas membantu diri ini dan sahabat2 lain yang dahagakan ilmu untuk memperolehi kejayaan yang diidam2kan pada masa akan datang...insyaaAllah...halalkan segala ilmu dan juga harta yang telah dikongsi selama keberadaan diri ini dalam menuntut ilmumu guru2 ku...hanya Allah yang mampu membalasnya...^^,

Tidak lupa juga kepada sahabat2 seperjuangan ku...terima kasih kerana sudi menerima diri yang kekurangan ini sebagai sahabat dikala senang mahupun susah...walaupun adalakalanya menyakitkan hati,tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk kita menjalinkan ukhuwah yang lebih diredhai...kenangan dan pengalaman bersama kaawan2 tidak akan dilupakan...kerana mempuya sahabat la,saya mampu menjadi seorang yang lebih berani untuk bersosial didunia luar yang lebih mencabar daripada sebelum ini...huhuh~ maaf dan redha serta halalkan segala harta,ilmu,nasihat dan teguran yang diberi selama ini...doakan kejayaan bersama,semga Allah membalas kebaikan mu dan semoga dapat berjumpa lagi didunia Universiti yang lebih mencabar...insyaaAllah...amiinn...^^,

 SANAH HELWA !!! 3rd Disember 2013 ~ 29 Muharram 1435H~
ALHAMDULILLAH YA ALLAH...SYUKRAN!!! 

Thursday 28 November 2013

'Akan Datang'...insyaaAllah..^^,

Hopefully...wonderful day!!! Alhamdulillah... insyaaAllah...i’ll remember this moment,before back home at the same time... akan diingat kata2 itu...semoga kata2 itu bukan datang dari hawa nafsu yang terperangkap sebelum ini, tetapi kata2 yang diniatkan sebagai doa yang diharapkan untuk pada masa akan datang... insyaaAllah...amiinn...~ Have a nice day ... yakinlah pada kekuatan DOA...~

Bersangka baiklah dengan Allah.
Allah akan kurniakan sesuatu yang baik juga.
Allah tak pernah menzalimi hambaNya.
Dan janganlah kamu menzalimi diri kamu sendiri.
Tersenyumlah dalam menghadapi hari-harimu~
Allahumma solli wa sallim ala saidina Muhammad~ ^^

“Dan penuhilah janji, sesungguhnya janji itu pasti dituntut pertanggungjawabannya“

( Al Isra 34 ).

Last Moment~

Hari ni adalah last moment saya dan kawan2 yang masih bertahan di smakk ni...sengaja melambatkan balik rumah...huhu...hanya semata2 untuk menikmati saat2 terakhir di sekolah kedua kesayanganku, SMAKK...~

Walaupun hanya setahun setengah keberadaan saya disekolah ni,tetapi kenangannya cukup banyak seperti di sekolah pertamaku, SEMAI...~

Itulah dinamakan ‘ukhuwah’...ukhuwah antara saudara seIslam x akan pernah putus selagi mana tali itu ada didalam hati dan iman...Agama itulah dinamakan tali...hee~

Ukhuwah itulah juga yang telah mengajar diri ini untuk mengenal erti manis dan pahit yang dapat dikongsi bersama...dan Kenangan itu jugalah yang telah mengajar mendidik diri ini untuk hidup matang,berdikari dan pengalaman... serta Pengalaman itu jugalah yang telah mengajar diri ini untuk belajar dari kesilapan dan belajar untuk teruskan perjuangan yang jauh lagi mencabar daripada pengalaman tersebut...~huhu...


Chayoo2!!! Innallaha ma’ana...wallahualam.. ^^,

Tuesday 26 November 2013

Sahabat!!! Sanah Helwah!!! ^^,


Today is my ‘best friends’ birthday...22 Muharram 1435H... Sanah Helwa!!! ... semoga dimurahkan rezeki,dipermudahkan segala urusan ddunia mahupun diakhirat,disayangi,drahmati oleh Allah s.w.t dan segala2nya...serta dikuatkan hati dalam menempuhi segala cabaran dan dugaan yang bakal mendatang...
Kuatkan usaha...semoga usaha untuk berubah kearah kebaikan diteruskan...serta usaha untuk hilangkan keburukan yang pernah dilakukan sebelum ini... insyaa Allah...amiinn...

Akhirul kalam,maaf dan terima kasih sahabat...doakan kejayaan bersama...^_^

Exam,game over???NO,NO,NO..~

Alhamdulillah habis dah exam...ulangan dan sem 3...huhu...~ 
Yey!!! We freedom!! o.0 Freedom???? Not yet...selagi keputusan belum keluar jangan harap diri kita sudah MERDEKA... it’s time to tawakal,doa dan dekatkan diri pada Allah...
Pengajian Am, Bahasa Arab, Usuluddin, Syariah also MUET...~ insyaaAllah semoga dipermudahkan...
Yakin pada diri...bila mana ada usaha, pasti ada balasannya...itu sudah janji Allah...think positive with Allah...keep a lot of willing to HIM...insyaaAllah ^^



Saturday 23 November 2013

Hallo2 Hye!!!

Assalamualaikum wbt...~

Huhu...lamanya x update blog trsayang niii... itupun sahabat saya Nadiah bt Nasir yang ingatkan untuk update blog...terima kasih Qdel ku sayang...

Memandangkan dah habis sekolah, jadi diri ini dengan relanya kena lah rajin update blog ni macam sahabat2 saya yang lain...hehe...insyaaAllah... ada kesempatan, diberi kesihatan, dprmudahkan urusan, dimurahkan rezeki dan diizinkan, dapat la tengok blog ni bergerak juga...daripada ditinggalkan bersarang xperpenghuni...insyaaAllah...aamiinn.. 

Teruskan membaca bagi siapa yang sudi...~ terima kasih... ^^,

Staring Friend!!! Qdelz ~

Sunday 28 July 2013

Rumah Baru,Baju Baru???






Bila ada sesuatu yang baru, mesti smuanya mw juga yang baru...tapi bila Allah murahkan rezeki dapat la apa yang kita mahu...syukur Alhamdulillah Allah permudahkan urusan dan murahkan rezki mak ngan abah untuk siapkan rumah baru...ada rezeki sikit, simpan untuk buat rumah...dalam beberapa tahun tu terpaksa berjimat cermat sikit kalau rumah cepat siap...and the end, 2013 siap dah home sweet home...alhamdulillah...syukran Ya Allah...

Tahun dapat juga merasa beraya kat rumah baru dan buat open house...alhamdulillah...insyaaAllah...semoga dipermudahkanNya...ada rezeki, dapat la mak abah membuat open house...tawakal dan usaha ja mulai sekarang...kumpul duit..huhu...insyaaAllah...

Bila rumah baru, baju raya pun mestilah baru...tapi kalau x da baju baru pun xpa...mak awal2 lagi cakap, sekarang ni x cukup duit...insyaaAllah kalau ada rezeki nanti kita p beli baju...saya pun diam ja la...xpa laa...redhaa...faham juga situasi mak abah sekarang... :-(


  Baju raya ready made lagu tahun ni...hmmm..xpa la...asalkan ada...daripada x da...mak cakap sama ja harganya kalau beli kain lepas 2 jahit...kalau ada rezeki nanti, shopping la...sambil2 lama dah x cuci mata...lagi2 tym puasa..huhu...~ nafsu2 -_-“

colour of this year still loading... still no idea... tapi dalam otak ni balik2 fikir warna Hijau pula...mungkin juga warna hijau...insyaaAllah...kalau itu yang terbaik insyaaAllah dipermudahkan mencarinya...kalau x, pasti ada hikmahNya.... ^_^

insyaaAllah semoga Ramadhan yang bakal berlabuh tirainya dan Raya yang bakal menjelang tahun ini lebih bermakna dan lebih baik dari sebelum ini...insyaaAllah...
harap Allah masih memberi kita kesempatan dan peluang dapat beraya bersama2 orang yang tersayang...insyaaAllah ...

dan semoga diberi kesempatan dapat bertemu dengan Bulan Ramadhan yang bakal dirindui pada tahun depan, insyaaAllah...amiiinn....

Tuesday 9 July 2013

RAMADHAN kareem 1434H..~

Ahlan wa Sahlan Ya Ramadhan...

Alhamdulillah masih diberi kesempatan, diberi peluang kerana dapat bertemu dengan bulan Ramdhan tahun ni...Alhamdulillah juga masih dimurahkan rezeki untuk menambahkan amal ibadat, menguatkan rohani, mengumpul pahala n so on laa..pejam celik, pejam celik kejap ja masa berlalu...tinggal sehari ja lagi InsayaaAllah kita akan berpuasa di bulan Ramadhan al-Mubarak bagi tahun 2013 bersamaan 1434H..alhamdulillah wa syukurillah...

Alangkah beruntungnya kita sekiranya diberi kesempatan untuk berpuasa penuh dan melipatgandakan amalan di bulan Ramadhan yang dinanti ini..Bulan yang bukan biasa-biasa, tapi luar biasa!! Bulan yang femes sebagai bulan Maghfirah (pengampunan), bulan penuh barakah dan rahmat, bulan yang ada padanya solat Sunat Tawarih dan Witir, dan setiap amalan kita akan di lipat gandakan pahala dan ganjarannya yang sangat-sangat besar oleh Allah swt... dan yang paling BEST, hanya bulan ini shja terdapat satu malam yang sangat SPECIAL iaitu 'Malam Lailatul Qadar'...~


Hmmm..Ya Allah..x sabarnya mw puasa Ramadhan ni..banyak dah planning..siap list Cabaran Ramdhan lagi..huhu...mnunjukkan betapa semangatnya nak sambut kedatangan Ramadhan ni..insyaaAllah..
semoga setiap cabaran yang dibuat diterima Allah dengan niat yang ikhlas untuk mencabar diri sendiri melawan hawa nafsu selain mengimarahkan lagi bulan Ramadhan tahun ni serta dapat meningkatkan amla ibadat...insyaaAllah..amiinn... niat yang baik, insyaaAllah Allah akan mempermudahkannya...^^,
Planning terbesar yang lama dah di list dlm otak geliga sy ni adalah ' X ON / DEACTIVE FB & TWITTER'..sbb knp?? sbb dua benda ni la yang boleh wat sy terlalai seketika, terlalai banyak, terlalai separuh dan terleka2 laa...maksudnya, sy risau bila dua bnda ni x puasa tym Ramadhan ni, nnt tuan empunya badan ni kurang pula pahalanya, xdapat siapkan pbs, dan paling penting, takut cabaran Ramadhan yang lain tdak tercapai...semoga dipermudahkanNya...insyaaAllah...


Cabaran seterusnya ni, saya SAHUT cabaran Ustaz Nik mcm tahun lepas...iaitu, 'TIDAK TIDUR DALAM KELAS TYM PERSEKOLAHAN’... insyaaAllah akan disahut dengan melawan hawa nafsu...huhu...
Cabaran Ramadhan seterusnya lagi, biarla terpahat dalam kertas...haha..xlaa...mungkin setakat dua cabaran Ramadhan tu saja dapat dikongsi...kang pnjang pula crtanua ni...huhu..~

Wallahuaklam...semoga Ramadhan tahun ni lebih bermakna dari sebelum ni...dan semoga segala amal ibadat kita diterima oleh Allah swt...insyaaAllah...

Sunday 30 June 2013

Fikir-Fikirkan Sejenak...^_^

Assalamualaikum wbt…hmm..dah 4 bulan dah baru update blog yang sunyi sepi ni..huhu..~

Entry untuk hari-hari terakhir bulan Sya’ban sebelum Ramadhan yang bakal tiba ni,saya nak kongsi satu entry dari blog sahabat saya..namanya Nur Hidayah binti Rudi…lama dah baca entry 2 sebenarnya, cuma almaklumlaa…sibuk la katakan… saya sangat tertarik dengan ‘tajuk’ post kat blog Cik Hidayah Rudi ni…tapi tidak bermakna saya tertarik dengan tajuk ni,saya sedang berada dalam situasi 2…jangan disalah faham pula yer -_- …tapi wallahualam

Cuma nak bagitw sikit, memang tidak dinafikan dalam usia 18 tahun keatas sekarang ni ‘perasaan fitrah’ 2 memang  ada dalam hati setiap insan yang bergelar REMAJA…~ itulah salah satu tanda kekuasaan Allah yang perlu kita fikir-fikirkan kenapa Allah ciptakan ia dalam hati hambaNya pada seusia itu dan mungkin juga sebelum usia itu…mungkin sebagai ujian,rahmat dan mungkin juga ada hikmah disebalik hadirnya perasaan 2…Subhanallah…
walaupun tidak semua orang mengakuinya, tetapi mustahil dalam hati mereka tidak ada perasaan sedemikian langsung,walaupun sedikit…Allah Maha Berkuasa…perasaan fitrah 2 boleh bercabang dalam banyak aspek…perasaan kepada Pencipta, manusia sesama manusia, alam sekitar, binatang, harta benda dan lain-lain… tapi entry saya hari lebih tertumpu kepada aspek perasaan antara seseorang dengan seseorang…huhu…~

saya tertarik dengan entry Hidayah Rudi ni juga sebab banyak ilmu baru yang dapat memberi manfaat kepada saya dan kita semua yang bergelar Remaja Islam…insyaaAllah…yang penting sekarang, fikirkan dulu matlamat masa depan iaitu cita-cita…dan kekalkan Allah s.w.t, Rasulullah s.a.w dan Mak Abah kat cinta yang Pertama..insyaaAllah..

Jom sama-sama baca blog ni..---> Cinta Itu Fitrah <---…~

Dah habis baca Entry sahabat saya ni??? Alhamdulillah..Kalau dah, saya nak kongsi satu lagi ilmu baru yang saya dapat dari sebuah buku yang bertajuk ‘BOLEHKAH berCOUPLE? [Formula Pengurusan Cinta Bersyariat]’ keluaran Telaga Biru


salah satu kesimpulan daripada apa yang dibincangkan dalam buku 2,iaitu… -Bercinta tidak salah TETAPI ramai yang menyalahgunakan makna sesebuah percintaan untuk melakukan perkara yang ditegah oleh hokum syarak… second kesimpulan yang disimpulkan iaitu, -Bolehkah bercinta???BOLEH..!! Bila cinta disulami syariat, keredhaan Allah kita dambakan…~

Akhir Kalam, Sampai disini sajalah untuk hari ini, semoga entry kali ini memberi manfaat kepada yang sudi membaca..mohon maaf sekiranya saya melakukan salah silap dalam kehidupan jika ia berkaitan dengan apa yang saya katakana pada hari ini,sebelum dan seterusnya...insyaaAllah...~



Wassalam…^_^

Saturday 2 March 2013

Peminat Setia & Syukran!!!

Assalamualaikum, Salam sejahtera dan Salam Blogging...~


Sebelum bercerita dengan panjang lebar, saya nak tanya dengan kawan-kawan yang sedang membaca entry saya ni...hmm...kenal ngan Ustzah Fatimah Syarha binti Mohd Noordin dan suaminya Dr. Farhan Hadi bin Mohd Taib...???

Mesti ada yang kenal kan..dan mungkin juga ada yang x kenal mereka kan...huhu...pertanyaan ni berkait dengan tajuk saya hari ni iaitu ‘Peminat Setia’...~ walaupun saya bukanlah seperti Ustazah Fatimah Syarha, seorang penulis novel islamik, seorang graduan UIAM dalam pengkhususan Fiqh dan Psikologi...tapi perasaan minat yang teramat sangat dan kagum terhadap hasil nukilan Fatimah Syarha ni membuatkan saya tertarik untuk memiliki semua buku-buku yang penulisnya Fatimah Syarha...huhu..~

Ntahlah kenapa saya boleh jadi peminat setia hasil karya Fatimah Syarha...saya mula minat novelis islami ni tym form 5...fisrt tym beli buku hasil mukilan Fatimah Syarha ni...tajuknya, 'Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul'...


Start sana, saya mula dah berjinak-jinak dengan novel tebal-tebal ni...tp bukan novel cinta,novel jiwang-jiwang macam yang selalu orang beli 2...saya cuma lebih minat novel cinta islamik karya Fatimah Syarha dan suaminya sahaja...huhu...~
 (memilih la plak..hmm...-_- )

Hasil penulisan mereka banyak yang memberi kita ilmu yang dapat mengingatkan kita kepada Allah...sebab kebanyakkan cerita yang ditulis selari dengan syariat islam...dan terutama sekali, saya minat buku Fatimah Syarha ni sebab, cerita yang ditulis dalam sesetengah keluaran buku mereka sebenarnya cerita realiti hidup Fatimah Syarha  sendiri bersama Dr.Farhan Hadi...walaupun tidak diberitahu secara tersurat, tapi bila kita tahu sikit-sikit cerita hidup mereka yang sebenar, automatik kita dapat detect yang cerita dalam buku 2 cerita hidup mereka berdua secara tersiratnya... best dan romantik sangat-sangat...hmm...^_^ ~

Dikesempatan ni juga,berkaitan dengan tajuk entry saya hari ni...saya nak ucapkan terima kasih banyak-banyak dan teramat sangat kepada ‘SAHABAT’ saya yang murah hati belanja saya buku Fatimah Syarha dan suaminya yang tajuknya, ‘Cinta High Class & Cintaku Kerana Agamamu’ ~


Hmm..kalau nak tw...ni la antara salah satu buku yang lama dah saya idam-idam kan dari tahun lepas tym form 5...tahun ni Alhamdulillah dapat juga rezeki...Allah datangkan rezeki dengan mudah ja...date buku ni dibeli pada 05 Febuari 2012, hari Selasa...selepas penat mencari dan kumpul bahan-bahan untuk PBS Syariah kat Mahkamah Rendah Syariah...hee..~

Saya sendiri pun x tw apa motif atau tujuan atau apa-apa la kenapa dia belanja saya...tetiba ja ‘sahabat’ saya 2 belanja belikan buku idaman saya... ^__^ walaupun memang malu mw terima, memang x berani mw ambik, tp memandangkan itulah buku yang saya idam-idamkan selama ni, saya terima ja la...kawan yang temankan saya tym 2 pun memaksa juga ambik,jadi, terima ja la...even xtw kenapa tetiba belanja,hmm...sebab saya dan ‘sahabat’ saya 2, baru-baru ja rapat start tahun ni...start sama-sama bekerjasama tym cari bahan kat Mahkamah...pelik, tapi itulah realitinya...

Hmmm...xpa2...apa-apa pun, terima kasih SAHABATKU...jasamu dikenang, semoga niat yang baik dan ikhlas itu dibalas dengan syurga yang menanti oleh Allah s.w.t...insyaaAllah...Syukran ‘En.R’ !!!! ^^,


Wallahuaklam...Wassalamualaikum wbt...~
maaf salah dan silap...~

Key 4 our Heart ^__^

INILAH 6 KUNCI KETENGAN HATI...




huhu,,,jom bacaa!!! n sama-sama amalkan k..insyaaAllah sama-sama dekatkan diri pada Allah swt..Subhanallah..insyaaAllah..~


1- Jangan bergantung pada orang lain,bersikaplah mandiri dan percaya akan kemampuan yang kita miliki.

2- Jangan berburuk sangka,berfikirlah positif bahawa ia akan membawa suatu yang bermanfaat.

3- Jangan mengingat penyesalan di masa lalu,hidup itu mudah,buatlah dalam suatu perbuatan kita dengan suatu keputusan dengan baik dan jangan pernah menyesalinya.


4.- Jangan Pernah menyimpan dendam di hati, dendam itu di ibaratkan sebagai racun dalam hati kita, jauhi itu.

5.- Jauhi sifat terburu-buru,modal dalam kehidupan bukan harta, tapi waktu. karena itu pergunakan waktu dengan baik.

6.- Jangan khawatir dengan hari esok,ketuklah pintu dan pintupun akan terbuka, ingatlah Allah; Dia pun akan ingat pada kita.

Semoga mengingatkan kita dan menenangkan kembali hati yang sedang berbolak balik..~

IstiQamaH~

Amalan Harian Yang Perlu Dijaga Secara ISTIQAMAH..~


1. Solat Tahajjud di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.

2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan Dajjal hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga xikir sahaja mempunyai sumber makanan & minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut Dajjal untuk mendapat makanan & minuman.

3. Kemudian bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.insyaaAllah..

4. Kemudian selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu..

5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.

6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.

7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}

8. Kemudian baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”

9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.

10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.

11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.

12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan

13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.

14. Setiap malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.

15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.

16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.

17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’

18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.

19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.

20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.

21. Tatkala Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.


22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.


Wallahuaklam..^_^ ~