Tuesday 3 December 2013

Birthday Girl Time...~


Sanah Helwa buat diri ini yang tidak lama lagi akan menghabiskan umur belasannya...hmm...walauapapun,Alhamdulillah syukur kepada ALLAH kerana masih diberi kesempatan untuk hidup didunia pinjaman ini hampir 20 tahun...

Terima kasih juga buat abah dan emak tercinta,kerana telah melahirkan, menerima, menjaga, mendidik, menyayangi diri ini walaupun adakalanya diri ini sering menyakiti hati mak abah...semoga Allah membalas jasa baik budi dan pengrbanan mak dan abah yang tidak mampu diri ini membalasnya,walaupun hanya dengan segenggam ijazah kejayaan didunia yang bakal diberikan dan dihadiakan suatu hari nanti...amiinn,,insyaaAllah...redhai dan halalkan segala pengorbanan yang telah dicurahkan,doakan kjayaan dunia dan akhirat diri ini mak abah...^^,

Begitu juga kepada guru2 saya selama ini dari tadika hinggalah ke sekolah menengah dan pra-U...kerana sudi mencurahkan dan berkongsi ilmu yang telah diamanahkan oleh Allah kepada guru2 yang disayangi...semoga Allah membalas segala jasa baik dan pengorbanan guru2 yang ikhlas membantu diri ini dan sahabat2 lain yang dahagakan ilmu untuk memperolehi kejayaan yang diidam2kan pada masa akan datang...insyaaAllah...halalkan segala ilmu dan juga harta yang telah dikongsi selama keberadaan diri ini dalam menuntut ilmumu guru2 ku...hanya Allah yang mampu membalasnya...^^,

Tidak lupa juga kepada sahabat2 seperjuangan ku...terima kasih kerana sudi menerima diri yang kekurangan ini sebagai sahabat dikala senang mahupun susah...walaupun adalakalanya menyakitkan hati,tetapi itu tidak menjadi penghalang untuk kita menjalinkan ukhuwah yang lebih diredhai...kenangan dan pengalaman bersama kaawan2 tidak akan dilupakan...kerana mempuya sahabat la,saya mampu menjadi seorang yang lebih berani untuk bersosial didunia luar yang lebih mencabar daripada sebelum ini...huhuh~ maaf dan redha serta halalkan segala harta,ilmu,nasihat dan teguran yang diberi selama ini...doakan kejayaan bersama,semga Allah membalas kebaikan mu dan semoga dapat berjumpa lagi didunia Universiti yang lebih mencabar...insyaaAllah...amiinn...^^,

 SANAH HELWA !!! 3rd Disember 2013 ~ 29 Muharram 1435H~
ALHAMDULILLAH YA ALLAH...SYUKRAN!!!