Bertemu kembali di ruangan ini,
Dengan syukur kepada Allah,
Wadah ilmu penghias nurani,
Moga mendapat limpah barakah.
TIPS Jadi Matang Pada Usia Muda
1. Pilih
sahabat yang berfikiran positif.
2. Rajin
berbual dengan ahli keluarga,banyak masalah dapat diselesaikan bersama.
3. Hadiri
majlis ilmu. Walaupun kadangkala tidak faham perkara yang dibincangkan,ia
mendedahkan diri kepada kematangan.
4. Kurangkan
menonton siaran televisyen dan program remeh-temeh. Sebaliknya membaca isu-isi
ilmiah dan terlibat dengan aktiviti yang sihat. Sedikit demi sedikit,kita
merasai tempoas kedewasaan.
5. Pilih
pakaian yang sesuai. Tidak terlalu keanak-anakan dan tidak terlalu tua.
Sesuaikan dengan usia dan wawasan anda.
6. Fikir kesan buruk jika tidak boleh berdikari
dan berfikir secara matang. Orang akan memandang rendah,hidup sentiasa cemas
dan mudah kecewa kerana diri serba tidak tahu.
7. Tanamkan keinginan mencari ilmu baru. Pilih
kegiatan social yang mendedahkan diri kepadaperkembangan sahsiah seperti
sukan,rewang sekampung,pameran university,carnival keluarga dan sebagainya.
8. Knsisten solat berjemaah di surau atau masjid. Ia ‘aura’ semula jadi dalam bermasyarakat yang menjurus kepada kematangan.
8. Knsisten solat berjemaah di surau atau masjid. Ia ‘aura’ semula jadi dalam bermasyarakat yang menjurus kepada kematangan.
Kesimpulannya,matang bukan pada
kesempurnaan pandangan orang,tetapi sebanyak mana kesempurnaan agama yang telah
dapat diamalkan. Ia bermula dengan usaha,usaha dan usaha. Apabila matang pada
usia muda,kita akan memiliki wawasan hidup yang luas. Ini semua meuntut
perancangan hidup yang direncanakan seawall usia rebung,bukan pada usia buluh
yang sudah keras kematu.
Matang bukan pada ANGKA,
Tetapi pada PEMIKIRAN GELIGA,
Matang bukan pada WAJAH,
Tetapi pada KEPIMPINAN MENYERLAH,
Matang bukan pada HARTA,
Tetapi pada ILMU BERMAKNA,
Matang bukan pada SUARA,
Tetapi pada HUJAH DAN BICARA.
No comments:
Post a Comment