IBU JARI : jari yang besar dan pendek. Lambing kematangan dan kehebatan,juga simbolik kepada orang yang banyak pengalaman sehingga boleh dijadikan sebagai pakar rujuk. Peringatan umtuk kita supaya menjadi manusia yang berguna dan membimbing masyarakat sekeliling kea rah jalan yang benar – iaitu agama Allah swt.
JARI TELUNJUK : jari yang
mengungkap satu dan keEsaan Allah swt ketika solat. Jari ini melambangkan
ketokohan sebagai penunjuk dan menjadi contoh teladan kepada yang melihatnya.
Ingatan kepada kita supaya sentiasa tertunjuk kea rah yang benar tanpa
berselindung disebalik maksiat.
JARI HANTU : jari yang paling panjang. Zaman remaja
diringgalkan dan alam dewasa menjengah. Pada peringkat ini – sekitar 30-an ke
atas – kehidupan telah stabil. Tetapi patut diingatkan bahawa keadaan yang
stabil inilah bermulanya ‘hantu-hantu’ yang cuba mengacau. Hantu hasad,hantu
ego,hantu tamak dan pelbagai jenis hantu yang samseng. Di sinilah keimanan diuji
– untuk menghindarinya dan gandakan amal ibadat.
JARI MANIS : manisnya jari
ini apabila tersarung ebentuk cincin. Ini melambangkan kehidupan manusia
apaabila masuk kea lam remaja. Di sebalik kemanisannya tersimpan cabaran dan
dugaan. Juga,telah dipertanggungjawabkan segala amalan yang wajib. Ketika ini
diperingatkan kepada kita untuk ‘amal makruf nahi mungkar’ dengan
sebenar-benarnya.
JARI KELINGKING : kecil dan
kerdil. Lambang seorang manuia yang bermula daripada kecil. Saat ini
mengingatkan kita pada usia kanak-kanak yang mentah yang perlu dinbimbing.
Bagai kata pepatah, ‘melentur rebung biarlah dari rebungnya’.
No comments:
Post a Comment