1. Solat
Tahajjud di waktu 3/4 malam sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat witir
sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh.
2. Selepas
Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x
istighfar}. Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan Dajjal hanya zikir
sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga xikir
sahaja mempunyai sumber makanan & minuman pada waktu itu. Selainnya akan
mengikut Dajjal untuk mendapat makanan & minuman.
3. Kemudian
bacalah surah Yasin- Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan
dipenuhi.insyaaAllah..
4. Kemudian
selepas 26 min naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat- Allah janji akan
menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu..
5. Kemudian
solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara
jam 8-12 tghari). Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat,
dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat
Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas
solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman- Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu
mempunyai mempelai, dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman.” Surah
Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan
dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan
kecerdasan otak.
7. Selepas
solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih,tahmid dan takbir], 100x
selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian
baca Surah An-Naba’ – Nabi SAW bersabda: “ Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya
pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas
kamu, lalu mempelajari surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan
membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang
mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas
solat Maghrib, solat sunat Auwabin-Allah janji akan memberi keampunan terhadap
dosa-dosa melainkan dosa syirik kepadaNya.
10. Kemudian
bacalah surah Al-Waqiah-Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada
setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas
Isya’ bacalah surah Al-Mulk-Allah janji akan memelihara daripada azab kubur.
Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah
As-Sajdah.
12. Setiap
malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat
penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum
tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap
malam apabila hendak tidur, Muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kpd Allah
diatas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada
Allah.
15. Sebelum
tidur fikirkan dan renunglah(muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa
selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap
hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan
tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama
hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalh
perlu dikatamkan dua kali setiap tahun.
17. Setiap
pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah,
bacalah seberapa banyak yang boleh- Allah janji ‘cahaya’ di hari kiamat dan
diampunkannya diantara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah
Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke
langit.’
18.
Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir didalam apa jua kegiatan
sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘Lailahailallah’ sebagai
amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa
sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam
Islam. Untuk puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah
sedaya-upaya berada dalam keadaan berwudhu’. Sabda Nabi SAW: ‘Wudhu’ adalah
senjata orang-orang mukmin.’ Faedah wudhu’ sangat besar.
21. Tatkala
Haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan
melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah
dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati.
Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia
menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.