Mesti ada yang belum tw apa itu
HPV kan...alaa..ni mesti x perasan iklan di
TV ni kan...ok,xpa...teruskan pembacaan,sampai korang faham dan yakin betapa
pentingnya suntikan ini...orang kata, ‘lebih baik mencegah
daripada mengubati’...jum baca!!!~
Klw nak tw sebelum ni suntikan HPV ni berbayar...mahal pula 2...tetapi, dalam
pembentangan Dasar Bajet 2012, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta
untuk program vaksinasi HPV secara percuma
kepada wanita yang layak.
Program ni kena laksanakan
sebagai satu pendekatan yang dikenali sebagai ‘catch up’ group bagi
wanita yang berumur 18 tahun bagi mencegah kanser servik atau pangkal
rahim...haaa...start tahun 2012 tu dah free dah,tapi just untuk wanita yang
berumur 18 tahun...maksudnya yang lahir 1993&1994 above bermula dari tahun
2012...heee~
Human Papilloma Virus (HPV)
Ø HPV
ni adalah penyebab utama kanser servik yang disebarkan melalui hubungan seks.
Ø Setiap wanita yang melakukan hubungan seks ni
juga berisiko dijangkiti HPV...huhu...
Ø Dan kanser servik ni akan terjadi
sekurang-kurangnya 10 tahun selepas dijangkiti HPV...tapi
xsemua jangkitan HPV ni akan mengakibatkan
kanser servik/pangkal rahim.
Vaksina HPV~
Ø Vaksina yang diberi dapat mencegah kanser
servik akibat jangkitan HPV.
Ø Sebaik-baiknya vaksina ni diberi sebelum
hubungan seks berlaku...
Ø Vaksina ni diberisecara suntikan di bahagian
atas lengan sebanyak 3 kali suntikan dalam tempoh 6 bulan mengikut jadual
berikut:
Dos 1 -- > Tarikh vaksina pertama diberikan
Dos 2 -- > 1 bulan selepas suntikan pertama
Dos 3 -- > 6 bulan selepas suntikan pertama
Ø Vaksin yang digunakan untuk vaksinasi ni x
mengandungi produk yang meragukan.
Kriteria Wanita yang Layak di
Bawah Program Ini~
Ø Wanita warganegara yang berumur 18 tahun...
Ø Tidak hamil
Ø Tidak pernah mengalami kesan sampingan teruk
setelah menerima suntikan pertama atau suntikan kedua...
Ø Tidak pernah mengalami alahan teruk yang perlu
dirawat dihospital...
Haaa...ni la sedikit sebanyak
information yang dpt dikongsi bersama... sekarang ni saya
dah ambik Dos ke-2...anda,bila lagi??? Hehhee...~
So,yang dah berumur 18 tahun
dan keatas 2,cepat ambik suntikan sebelum umur dah meningkat...klw umur dah
berumur yang melimpasi sasaran kerajaan,takut2 je korang xdapat free...last2 dapat
yang berbayar punye...kan dah rugi...
Jangan tangguh2,xbaik...jadi,dapatkan Vaksinasi di klinik-klinik yang tersenarai di laman
sesawang LPPKN...
3 dos vaksinasi ni mmberi
perlindungan optimum dari jangkitan HPV serta
boleh mencegah
70% kejadian kanser servik... semoga dengan usaha kita untuk mencegah
mendapat redha Allah s.w.t...insyaaAllah...amiinn...^^,
Nawaitu Lillahi Taala...